Wednesday, November 25, 2009

AKADEMI FASILITATOR GROUP: PROGRAM CUTI SEKOLAH

Salam alaik..Alhamdulillah kite diberi kesempatan kali ini untuk hidup di muka bumi Tuhan...(^_^)

Pada cuti sekolah sekolah kali ini pihak Akademi Fasilitator Group (AFG) boleh menerima tempahan membuat program cuti sekolah. Antara program-program yang di cadangkan ialah:

  • Program Takhsin Solat (untuk remaja dan kanak-kanak)
  • program Pra baligh ( untuk remaja)
  • Program pemantapan diri (untuk remaja)
  • dan lain-lain lagi

Kami menyediakan modul-modul yang bersesuaian dan menarik dengan menggunakan teknik Latihan Dalam Kumpulan (LDK) kerana ia amat berkesan. Kami juga menyediakan para fasilitator dan para penceramah yang berpengalaman.

Program-program yang biasa kami laksanakan ialah program kem kecemerlangan diri,kem menara gading khas untuk lepasan SPM dan lain-lain. semoga dengan kehadiran kami ketengah masyarakat dapat dimanfaatkan.

Untuk keterangan lebih lanjut anda boleh menghubungi pihak kami

  • Muhammad Syafie-0199284882
  • Hamimi syafira-0145456527

Read more...

Monday, November 2, 2009

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2009

salam kepada semua pelajar KOLEJ ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH,Pihak Mantan MPPKIPSAS sesi 08/09 mengucapkan selamat menduduki Imtihan Akhir..jawab dengan tenang,sentiasa bertawakkal kepada Tuhan,bangun kan solat dan berbuat baiklah kepada semua sahabat2 anda agar anda semua dibantu di dalam menjawab peperiksaan kali ini...

wabihi wallahu a'lam

Read more...

MUKTAMAR SANAWI KALI KE 14: HAPUSKAN KARENAH BIROKRASI

salam alaik kepada semua....tepat jam 11.30pm waktu negara malaysia bertarikh 18 oktober 2009 bersamaan dengan 28 syawal 1430H,semua ahli Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Islam Pahang sesi 2008/2009 telah meletak kan jawatannya bagi memberi laluan kepada tampuk pemerintahan ahli MPPKIPSAS yang baru bagi penggal 09/10.

Majlis tersebut berlaku dengan disaksikan oleh para perwakilan dari setiap jabatan,persatuan,kelab dan wakil2 blok. Muktamar sanawi yang dihadiri lebih 60 perwakilan dan pemerhati itu bermula dari jam 9.00pm sehingga 12.ooam.

Turut mengisi program muktamar juga ialah ucapan Presiden MPPKIPSAS 08/09 iaitu Muhammad Yusof al-Dijwi,pembentangan laporan tahunan MPPKIPSAS yang lalu oleh Yang Hormat Setiausaha Agong MPPKIPSAS 08/09 iaitu Noor Laila Bt Abd Aziz dari Jabatan Bahasa Arab,sesi perbahasan oleh perwakilan dan yang terakhir ialah pembentangan kewangan MPPKIPSAS sesi 08/09 oleh Yang Hormat Siti Aisyah Al-Basri dari jabatan Syariah dan Undang-Undang.

Muktamar Sanawi kali ini menggariskan beberapa isu penting yang dihadapi oleh majoriti pelajar iaitu masalah karenah birokrasi pihak H.E.P.KIPSAS,dan pihak atasan. Fasiliti di kipsas juga menjadi isu yang diperkatakan di dalam muktamar kali ini.

Muktamar kali ini yang dikendali kan oleh Yang Bahagia Tuan Speaker Mohd Tarmizi (pak long) dari jabatan Syariah diadakan di Dewan Kuliah 1 telah membuka mata semua perwakilan bahawa tidak ada gunanya berlembut dengan pihak atasan yang tidak mampu melaksanakan tugas mereka dengan baik. Hal ini dibuktikan oleh Presiden MPPKIPSAS 08/09 sendiri seperti berikut,"dalam kami melaksana kan tugas,amat sedikit kami diberi support oleh pihak pentadbiran,terutama dari segi kewangan dan kemudahan..."...

Muktamar yang diakhiri dengan perletakan jawatan oleh Ahli JawatanKuasa MPPKIPSAS 08/09 itu telah menjadi titik tolak perjuangan seterusnya oleh Ahli Majlis Perwakilan MPPKIPSAS 09/10 yang diketuai oleh Yang Hormat saudara Jabir bin Jabarudin dari Jabatan Dakwah dan Pengurusan selaku Presiden bagi sesi kali ini.

Apa yang diharapkan oleh Mantan MPPKIPSAS 08/09 kepada MPPKIPSAS yang baru ialah dapat melaksanakan tanggungjawab dengan bersungguh-sungguh dan dapat menajdikan KIPSAS sebagai satu gedung ilmu dan mempunyai satu suasana yang lain dari yang lain iaitu suasana kemanisan iman yang dapat meruntunkan hati semua pelajar dan masyarakat umumnya.

Read more...

Thursday, October 15, 2009

SEKITAR PEMANDANGAN PILIHANRAYA KAMPUS 09





Read more...

PILIHANRAYA KAMPUS:PRO VS KONTRA


salam alaik kepada semua pembaca blog MPPKIPSAS...alhamdulillah kita masih lagi diberi kesihatan dan dapat lagi beribadat kepada Allah..

Untuk pengetahuan semua,pada hari ini adalah merupakan hari pembuangan undi bagi memilih Ahli Majlis Perwakilan Pelajar KIPSAS sesi 09/010. Sesi pembuangan undi bermula pada jam 9.00am dan berakhir pada jam 4.30pm. Sesi pilihanraya kampus kali ini telah berlangsung dari 12/10/09-15/10/09.. Pada malam manifesto (14/10/09) telah menyaksikan semua calon memberi ucapan dan janji2 mereka kepada semua warga kolej, berbagai ragam dapat disaksikan pada malam tersebut,ada yang menjerit2 melaungka slogan,ada pula yang menghentak2 meja...ada pula yang nampaknyer tenang dan bersahaja..

Ada juga yang pro kepada pihak pentadbiran dan ada juga yang kontra dengan pentadbiran..
tetapi apa yang diperjuangkan adalah satu iaitu nasib pelajar kolej....(^_^)...

Keputusan penuh pilihanraya MPPKIPSAS akan diumumkan pada hari esok.

Read more...

Friday, October 9, 2009

JAMUAN AIDIL FITRI KIPSAS 09: ADUHAI KIPSAS!


salam.....aduhai KIPSAS......jamuan raye punyer pasal......hu3.....baru-baru nie KIPSAS buat lah jamuan raya peringkat koleh...raaamai pelajat dan kakitangan ambik bahagian....he3...memaang meriah sangat...ada persembahan,ada sajak,ketupat,lemang,hui...seronok la...

Tapi dalam keindahan suasana tu lah....mata nie terpandang sesuatuyang amat menjengkel kan bagi kolej islam pahang ni...aduhai.......inilah perkara yang menjengkel kan bagi sebuah kolej islam ketika jamuan tersebut berlangsung:

  1. tempat makan VIP yang bercampur dengan laki dan perempuan.(lec pengajian islam pun ada jugak)
  2. pakaian lec,aduhai......dasat sey.....(patutla budak-budak kolej makin teruk,tukang tunjuk contoh pun same teruk)
  3. hah,tetamu undangan atau artis undangan die.....aduhai...klaw boleh nipis lagi baju tu,nipis lah lagi(sape yang benar kan n sape yang jemput artis berbaju oren itu??)
Hmm......tu lah antara perkara yang menjengkelkan..ini bukan lah daripada satu pandangan sahaja...tapi,raaaaamai pelajar2 datang kepada kami dan adu kan hal nie kepada kami...huh~kami pun jawab lah,"Hmm....same-same tanggung dosa la jawabnye kite"..

Sekian wabihi Wallahu'alam.

Read more...

Monday, October 5, 2009

SELAMAT KEMBALI DAN SELAMAT HARI RAYA

salam alaik...semoga semua dalam kasih sayang TUHAN...(^_^)...slamat hari raye....he3...dalam kesempatan ini,pihak MPPKIPSAS merasakan tidak lewat untuk mengucapkan slamat hari raya....(^_^)..

Alhamdulillah,dah bermula kembali sesi pembelajaran untuk penggal kedua sem ini,diharapkan semua bersedia utk final exam yang dah tak lame je lagi....walaupun kemudahan-kemudahan di KIPSAS ni serba al kekurangan..*he3*tapi itu tak menjadi halangan bagi mereka yang betul-betul bersemangat untuk belajar...korup di sana sini,dah memang lumrah di setiap organisasi...ha3....tak pe lah tu...(^_^)

baeklah,semoga semua pelajar2 berada didalam kesihatn,dan selalu cuba untuk menjadi hamba yang baik.

Read more...

Wednesday, September 16, 2009

KIPSAS DAH MULE CUTI RAYA

Salam alaik kepada semua..semoga dalam lindungan Allah swt. pada 17/9 sehingga 27/9 kipsas telah menetapkan cuti kepada semua pelajar-pelajarnya untuk pulan beraya di kampung halaman masing-masing..namun ada juga yang balik sebelum tarikh berkenaan sebb terpkse membeli tiket bas dan tiket kpal terbang awal...

Saya selaku Presiden MPPKIPSAS ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada seluruh pelajar dan warga KIPSAS..semoga hari raya kali ini dapat disambut dengan penuh kasih sayang dan harmoni..saya juga mendoakan agar antum semua selamat sampai di akmpung masing-masing...

Jangan lupe pula selepas cuti kita akan menduduki peperiksaan final exam...dalam raye,jangan leke sangat..semoga semoa dalam kasih sayang TUHAN..(^_^)

Read more...

Tuesday, September 8, 2009

Iftar AFG bersama maBIQ





Ramadhan bukanlah penghalang bagi Akedemi Fasilitator Group dibawah kendalian exco latihan dan kepimpinan MPPKIPSAS untuk memberikan khidmat kepada masyarakat disamping melatih diri mereka untuk menguruskan organisasi dan program...

Baru-baru ini bertempat di mahaad tahfiz dan bahasa(maBIQ) AFG telah menganjurkan program sehari bersama pelajar-pelajar maBIQ. Program yang berobjektifkan ukhuwah itu telah dikendalikan oleh ahli-ahli AFG. Semua kos dan perbelanjaan ditanggung oleh pihak AFG sendiri..dengan semangat yang tinggi untuk berkhidmat,mereka sanggup untuk melaburkan duit mereka sendiri....

Selain itu,ada juga ahli yang memberi sponser kepada prgram tersebut. Program yang bermule pada pukul 3pm itu berlangsung dengan penuh kasih sayang.....dimulai dengan sesi taaruf pelajar bersama para fesi,selain itu jugapara ahli AFG yang bersama-sama ketika itu juga memberikan sumbangan tenaga dengan bergotong royong menyiapkan juadah berbuka puase..

Berikut ialah tentatif program iftar yang telah berlangsung di maBIQ :
2.30pm-ketibaan para urusetia dan fasilitator AFG
3.00pm-sesi taaruf bersama para fasilitator dan LDK
4.30pm-persiapan untuk sembahyang asar dan tadarus al-quran
5.45pm-rehat dan persiapan penutupan dan berbuke puasa
6.30pm-majlis penutupan dan penyampaian cenderahati
7.15pm-berbuka puasa,dan sembahyang
10.15pm-tazkirah ringkas
10.30pm-majlis bersurai

Walaupun pada awalnya mempunyai kesulitan pada awal program,tetapi akhirnya program tersebut telah berjaya mencapai objektifnya..sesungguhnya,piah MPPKIPSAS sangat menghargai semangat dan usaha ahli AFG..sekian

Read more...

Friday, August 21, 2009

AHLAN YA RAMADHAN!!!

salam alaik kepada semua pelawat blog ini..(^_^)..ramadhan karim!!!...semoga kita bersama mengejar redha Tuhan didalam bulan yang penuh dengan rahmat dan keampunan ini...selamat menyambut ramadhan 1430 dari pihak MPPKIPSAS kepada semua warga pelajar KIPSAS xkire yang lame ker,yang dah lepas ker,yang baru masuk ke,ataupun yang penah kenal kipsas ni...

Ramadhan ini,kita harapkan yang terbaik dari yang lepas dan kita mengharapkan kita mampu berubah ketika berada didalam madrasah ramadhan...lupakanlah sengketa antara kawan-kawan kita,yang perempuan,sudah-sudah lah ngumpat tu...*he3*yang laki plak,berenti la isap rkok...xelok....ni la msenyer nak berenti....klaw x,bile lagi..(^_^)

Selain itu jugak......nak bg tau semua pElajar KIPSAS,jagalah akhlak kite....tutup aurat,jangan nakal-nakal...takbaek..Tuhan kite bukan ade kat dalam kolej jer...tapi ade kat mane-mane...die yang perhati kan kite...janganlah kiter sanggup nak tipu Tuhan.....ingat TUHAN xnmpak kite ker...berhentilah buat maksiat yer kawan-kawan..(^_^)

setakat ini dahulu dari kuwakil MPPKIPSAS...he3..semoga kita semua berada didalam rahmat dan kasih sayang Tuhan...ingat....kejarlah redha Tuhan didalam beribadah,bukan kejar fadhilat dan pahala....wabihi wallahu a'lam..

Read more...

Thursday, August 20, 2009

AKU CEMAS KEDATANGAN RAMADHAN

ADUH! Susahnya hatiku bila berhadapan
dengan Ramadhan
Macam ada benda yang tidak kena
Aku cemas selalu dengan kedatangannya
Kalau aku tidak menyambut kedatangannya
dengan sebaik-baiknya
Padaku kedatangan Ramadhan
macam kedatangan tetamu yang sangat mulia
Kedatangan seorang yang mulia dan terhormat
Ketibaan seorang yang dikenali dan dihormati
Seorang yang disayangi dan dipuja
Idola semua dan bersama
Aduh orang macam ini bagaimana aku hendak
menyambutnya? !
Serba tidak kena
Aduh bimbangnya, cara mana dan bagaimana
aku hendak memuliakannya
Sesuai dengan kebesarannya
Secucuk dengan mulia dan kemasyhurannya
Kerana itu kedatangannya aku cemas selalu
Kalau aku tidak beradab dengannya
Aku takut mencacatkan maruahnya
Dia adalah orang besar
Yang patut kita sambut sesuai dengan kebesarannya
Kalau dia tidak datang lebih baik rasanya
daripada kedatangannya
Tapi sudah ketentuan Allah
setahun sekali dia mengunjungi kita
Kita sambutlah dia dengan penuh kecemasan
dan bimbang ....wabihi wallahu a'lam

Read more...

Saturday, August 1, 2009

KIPSAS MENANGIS : H1N1 DAH SAMPAI KIPSAS

Salam alaik kepada semua pembaca blog ini...dengan rahmat dan kasih sayang Tuhan,aku memohon perlindungan dari ilmu yang tidak bermanfaat kepada ku dan segala bencana...redhakanlah aku Tuhan...
Semoga sahabat-sahabat dalam keadaan tenteram dan makmur...Kipsas bermula pada hari ini (1/8) sehinggalah 9/8 akan ditutup berikutan jangkitan H1N1 yang telah dikesan di kolej ini. Keadaan kolej sebenarnya masih lagi terkwal kerana menurut pihak pentadbiran,sehingga saat ini,masih lagi tidak ada yang positif H1N1.
Kolej ini terpaksa ditutup sementara demi untuk mengelak kan berlakunya jangkitan yang berleluasa. Karnival konvo dan konvokesyen KIPSAS kali ke 9 juga terpaksa dibatalkan,sungguh tidak disangka-sangka....inilah peristiwa yang menyedihkan bagi kolej kami yang telah berhempas pulas selama lebih sebulan untuk menjayakan karnival konvo dan konvo kali ke 9 ini.
Pihak KIPSAS telah mengarahkan semua pelajarnya bercuti selama seminggu bermula dari tarikh ini.sehingga kini,seramai 145 orang pelajar telah disahkan menghidapi simptom H1N1...Marilah kita sama-sama mendoakan semoga kita bertaubat dan kita semua berada didalam kasih syanag dan redha Tuhan...wallahu a'lam.

Read more...

Thursday, July 23, 2009

SEPINTAS LALU PROGRAM-PROGRAM YANG DILAKSANA KAN





Read more...

SENARAI PROGRAM AFG YANG SEDANG DAN AKAN BERLANGSUNG SEPANJANG SEM 7

Beberapa program yang menarik dan efektif telah disusun oleh jawatankuasa AFG diantaranya ialah :

  1. Rihlah bersama AFG
  2. kem tahsin solat
  3. hari keluarga AFG
  4. majlis jamuan dan perletakan jawatan

Ada juga program-program sekolah yang akan di terima dan dilaksanakan dari mase kesemasa.

Program-program yang telah berjaya di jalankan oleh AFG ialah :
  • Perkampungan Menara Gading
  • Program kepimpinan Mahabbah
  • Program Kem bina Insan SMA Al-Mahmudi
  • Kem Remaja Bistari Zon Pantai Timur (KRB 09)
Semua program tersebut telah berjalan dengan jayanya dan mendapat galakan dan pujian dari pada pihak KIPSAS,MPPKIPSAS dan lain-lain pihak yang telah bekerjasama dengan kami..

Read more...

Wednesday, July 22, 2009

PROGRAM SIMFONI KASIH KEMBALI BERTAUT : MANISNYA UKHUWAH..


Bismillah..dengan rahmat dan kasih syg Tuhan,dapat lagi kita hidup pada hari ini...walaupun kita ini selalu melakukan dosa dengan Tuhan..Al fatehah kepada baginda Muhammad,pemimpin yang agung,dengan bagindalah kita dapat mengenal Tuhan...

Pada hari selasa yang lepas,Akademi Fasilitator Group (AFG) dibawah kendalian Exco Latihan & Kepimpinan MPPKIPSAS telah mengadakan perjumpaan ahli bertempat di DK1..majlis itu dinamakan sebagai majlis Simfoni Kasih Kembali Bertaut dihadiri oleh 45 orang ahli..majlis tersebut bertujuan untuk merapatkan kembali ukhuwah dikalangan ahli AFG disamping untuk membentangkan laporan tahunan persatuan..

Majlis tersebut dihadiri oleh Majlis tertinggi MPPKIPSAS. Antara pengisian program tersebut ialah ucapan aluan oleh Presiden MPPKIPSAS,pembentangan program-program yang telah lalu dan akan datang,pembentangan implikasi kewangan sepanjang tahun dan pembahagian kumpulan tindakan.

Tema pakaian pada malam tersebut ialah tradisional.Majlis tersebut diakhiri dengan jamuan ringan dan autograf kenangan oleh MTMPPKIPSAS dan semua ahli yang hadir.Program tersebut berjalan dengan meriah dan penuh dengan kasih sayang.semoga semua ahli mendapat manfaat didalam persatuan ini...sekian.....wasalam.

Read more...

Monday, July 6, 2009

Minggu Orientasi Pelajar Baru Jun sesi-19 : selesai suda..he3


Salam alaik.Alhamdulillah segalapijian bagi Tuhan yang menciptakn alam ini...semoga kita ini menjadi sebahagian dari golongan yang bersyukur..

Selawat dan salam keatas junjungan besar kita Baginda Muhammad,kerana dengan baginda lah kita mengenal Allah...

Alhamdulillah,selesai sudah minggu orientasi plajar baru Kolej Islam Pahang . Penuh dugaan dan halangan dari pelbagai pihak,namun alhmadulillah program dapat berjalan juga..terima kasih diucapkan kepada semua pelajar yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan minggu orientasi pelajar baru kali 19 ini...semoga semua berada dalam kasih syg Tuhan....sekian dariku

Read more...

Wednesday, June 24, 2009

CUTI SEM 6 : MAS JULAI INTAKE DATANG LAGI


salam alaik semoga dalam rahmat Tuhan. Selamat sejahtera keatas semua pelawat. Alhamdulillah sem 6 sudah berlalu,cuti pun sudah bermula..semoga dalam keadaan baek dan sihat semua kawan-kawan yang sedang berehat di rumah....(^_^)


Kali ini Cuti MPPKIPSAS dan beberapa pelajar yang dipilih telah dipendek kan lagi untuk menguruskan kemasukan intake baru july ini. Minggu Aluan Siswa atau MAS,merupakan minggu kemasukan pelajar intake baru yang diadakan setiap kali pengambilan baru dibuka.


MAS kali ini MPPKIPSAS telah meletak kan harapan yang tinggi kepada exco latihan dan kepimpinan MPPKIPSAS untuk mengendalikan sepenuhnya program tersebut. Diharapkan beliau dapat melakukan yang terbaik untuk MAS kali ini.


Seramai 450 pelajar baru akan daftar masuk untuk kemasukan baru kali ini. Ini melibatkan seramai 45 orang fasilitator dan urusetia yang telah dipilih khas oleh majlis tertinggi MPPKIPSAS untuk membantu MPPKIPSAS mengendalikan dan melicinkan MAS kali ini.


Apa yang diharapkan oleh Saya selaku Presiden MPPKIPSAS,ialah para fasilitator dan urusetia diharapkan dapat melakukan tugas dengan berkesan dan dengan jayanya tanpa ada sebarang konflik dan gangguan yang tidak pernah diingini....sekian sahaja dari saya semoga antum semua berada dalam kejayaan..salam..

Read more...

Monday, June 15, 2009

FINAL EXAM SEM 6 : SEMUA DALAM KEADAAN YANG BAIK

Salam alaik semoga dalam kasih sayang Tuhan..pada 15-19/6 ini berlangsungnya peperiksaan final dari Sekolah Pengajian Islam(SPI) iaitu jabatan Dakwah & Pengurusan,jabatan bahasa Arab & Tamadun Islam, dan Jabatan Syariah & Undang-undang..

Alhamdulillah kebanyakan Siswa dan siswi melakukan persediaan yang cukup..mungkin kerana sem ni sem pendek kot....untuk jabatan bahasa arab dan dakwah,hanya 2 subjek sahaja yang perlu diulangkaji..Syariah pula,3 subjek..

Pihak MPPKIPSAS mendoakan semoga siswa & siswi KIPSAS yang mengambil peperiksaan akhir sem 6 ini boleh menjawab dengan Tenang dan yakin...
Semoga berjaya...(^_^)

Read more...

Sunday, June 14, 2009

ALLHAMDULILLAH..SIAP AKHIRNYA

salam alaik...alhamdulillah akhirnya siap suda blog mppkipsas yang sekian lama di tunggu....he3..semoga dalam kasih sayang Tuhan

Read more...

Followers

aL-HadiTh

  ©Template by Dicas Blogger.