Wednesday, June 24, 2009

CUTI SEM 6 : MAS JULAI INTAKE DATANG LAGI


salam alaik semoga dalam rahmat Tuhan. Selamat sejahtera keatas semua pelawat. Alhamdulillah sem 6 sudah berlalu,cuti pun sudah bermula..semoga dalam keadaan baek dan sihat semua kawan-kawan yang sedang berehat di rumah....(^_^)


Kali ini Cuti MPPKIPSAS dan beberapa pelajar yang dipilih telah dipendek kan lagi untuk menguruskan kemasukan intake baru july ini. Minggu Aluan Siswa atau MAS,merupakan minggu kemasukan pelajar intake baru yang diadakan setiap kali pengambilan baru dibuka.


MAS kali ini MPPKIPSAS telah meletak kan harapan yang tinggi kepada exco latihan dan kepimpinan MPPKIPSAS untuk mengendalikan sepenuhnya program tersebut. Diharapkan beliau dapat melakukan yang terbaik untuk MAS kali ini.


Seramai 450 pelajar baru akan daftar masuk untuk kemasukan baru kali ini. Ini melibatkan seramai 45 orang fasilitator dan urusetia yang telah dipilih khas oleh majlis tertinggi MPPKIPSAS untuk membantu MPPKIPSAS mengendalikan dan melicinkan MAS kali ini.


Apa yang diharapkan oleh Saya selaku Presiden MPPKIPSAS,ialah para fasilitator dan urusetia diharapkan dapat melakukan tugas dengan berkesan dan dengan jayanya tanpa ada sebarang konflik dan gangguan yang tidak pernah diingini....sekian sahaja dari saya semoga antum semua berada dalam kejayaan..salam..

Read more...

Monday, June 15, 2009

FINAL EXAM SEM 6 : SEMUA DALAM KEADAAN YANG BAIK

Salam alaik semoga dalam kasih sayang Tuhan..pada 15-19/6 ini berlangsungnya peperiksaan final dari Sekolah Pengajian Islam(SPI) iaitu jabatan Dakwah & Pengurusan,jabatan bahasa Arab & Tamadun Islam, dan Jabatan Syariah & Undang-undang..

Alhamdulillah kebanyakan Siswa dan siswi melakukan persediaan yang cukup..mungkin kerana sem ni sem pendek kot....untuk jabatan bahasa arab dan dakwah,hanya 2 subjek sahaja yang perlu diulangkaji..Syariah pula,3 subjek..

Pihak MPPKIPSAS mendoakan semoga siswa & siswi KIPSAS yang mengambil peperiksaan akhir sem 6 ini boleh menjawab dengan Tenang dan yakin...
Semoga berjaya...(^_^)

Read more...

Sunday, June 14, 2009

ALLHAMDULILLAH..SIAP AKHIRNYA

salam alaik...alhamdulillah akhirnya siap suda blog mppkipsas yang sekian lama di tunggu....he3..semoga dalam kasih sayang Tuhan

Read more...

Followers

aL-HadiTh

  ©Template by Dicas Blogger.