Saturday, August 1, 2009

KIPSAS MENANGIS : H1N1 DAH SAMPAI KIPSAS

Salam alaik kepada semua pembaca blog ini...dengan rahmat dan kasih sayang Tuhan,aku memohon perlindungan dari ilmu yang tidak bermanfaat kepada ku dan segala bencana...redhakanlah aku Tuhan...
Semoga sahabat-sahabat dalam keadaan tenteram dan makmur...Kipsas bermula pada hari ini (1/8) sehinggalah 9/8 akan ditutup berikutan jangkitan H1N1 yang telah dikesan di kolej ini. Keadaan kolej sebenarnya masih lagi terkwal kerana menurut pihak pentadbiran,sehingga saat ini,masih lagi tidak ada yang positif H1N1.
Kolej ini terpaksa ditutup sementara demi untuk mengelak kan berlakunya jangkitan yang berleluasa. Karnival konvo dan konvokesyen KIPSAS kali ke 9 juga terpaksa dibatalkan,sungguh tidak disangka-sangka....inilah peristiwa yang menyedihkan bagi kolej kami yang telah berhempas pulas selama lebih sebulan untuk menjayakan karnival konvo dan konvo kali ke 9 ini.
Pihak KIPSAS telah mengarahkan semua pelajarnya bercuti selama seminggu bermula dari tarikh ini.sehingga kini,seramai 145 orang pelajar telah disahkan menghidapi simptom H1N1...Marilah kita sama-sama mendoakan semoga kita bertaubat dan kita semua berada didalam kasih syanag dan redha Tuhan...wallahu a'lam.

0 comments:

Post a Comment

Followers

aL-HadiTh

  ©Template by Dicas Blogger.