Friday, August 21, 2009

AHLAN YA RAMADHAN!!!

salam alaik kepada semua pelawat blog ini..(^_^)..ramadhan karim!!!...semoga kita bersama mengejar redha Tuhan didalam bulan yang penuh dengan rahmat dan keampunan ini...selamat menyambut ramadhan 1430 dari pihak MPPKIPSAS kepada semua warga pelajar KIPSAS xkire yang lame ker,yang dah lepas ker,yang baru masuk ke,ataupun yang penah kenal kipsas ni...

Ramadhan ini,kita harapkan yang terbaik dari yang lepas dan kita mengharapkan kita mampu berubah ketika berada didalam madrasah ramadhan...lupakanlah sengketa antara kawan-kawan kita,yang perempuan,sudah-sudah lah ngumpat tu...*he3*yang laki plak,berenti la isap rkok...xelok....ni la msenyer nak berenti....klaw x,bile lagi..(^_^)

Selain itu jugak......nak bg tau semua pElajar KIPSAS,jagalah akhlak kite....tutup aurat,jangan nakal-nakal...takbaek..Tuhan kite bukan ade kat dalam kolej jer...tapi ade kat mane-mane...die yang perhati kan kite...janganlah kiter sanggup nak tipu Tuhan.....ingat TUHAN xnmpak kite ker...berhentilah buat maksiat yer kawan-kawan..(^_^)

setakat ini dahulu dari kuwakil MPPKIPSAS...he3..semoga kita semua berada didalam rahmat dan kasih sayang Tuhan...ingat....kejarlah redha Tuhan didalam beribadah,bukan kejar fadhilat dan pahala....wabihi wallahu a'lam..

Read more...

Thursday, August 20, 2009

AKU CEMAS KEDATANGAN RAMADHAN

ADUH! Susahnya hatiku bila berhadapan
dengan Ramadhan
Macam ada benda yang tidak kena
Aku cemas selalu dengan kedatangannya
Kalau aku tidak menyambut kedatangannya
dengan sebaik-baiknya
Padaku kedatangan Ramadhan
macam kedatangan tetamu yang sangat mulia
Kedatangan seorang yang mulia dan terhormat
Ketibaan seorang yang dikenali dan dihormati
Seorang yang disayangi dan dipuja
Idola semua dan bersama
Aduh orang macam ini bagaimana aku hendak
menyambutnya? !
Serba tidak kena
Aduh bimbangnya, cara mana dan bagaimana
aku hendak memuliakannya
Sesuai dengan kebesarannya
Secucuk dengan mulia dan kemasyhurannya
Kerana itu kedatangannya aku cemas selalu
Kalau aku tidak beradab dengannya
Aku takut mencacatkan maruahnya
Dia adalah orang besar
Yang patut kita sambut sesuai dengan kebesarannya
Kalau dia tidak datang lebih baik rasanya
daripada kedatangannya
Tapi sudah ketentuan Allah
setahun sekali dia mengunjungi kita
Kita sambutlah dia dengan penuh kecemasan
dan bimbang ....wabihi wallahu a'lam

Read more...

Saturday, August 1, 2009

KIPSAS MENANGIS : H1N1 DAH SAMPAI KIPSAS

Salam alaik kepada semua pembaca blog ini...dengan rahmat dan kasih sayang Tuhan,aku memohon perlindungan dari ilmu yang tidak bermanfaat kepada ku dan segala bencana...redhakanlah aku Tuhan...
Semoga sahabat-sahabat dalam keadaan tenteram dan makmur...Kipsas bermula pada hari ini (1/8) sehinggalah 9/8 akan ditutup berikutan jangkitan H1N1 yang telah dikesan di kolej ini. Keadaan kolej sebenarnya masih lagi terkwal kerana menurut pihak pentadbiran,sehingga saat ini,masih lagi tidak ada yang positif H1N1.
Kolej ini terpaksa ditutup sementara demi untuk mengelak kan berlakunya jangkitan yang berleluasa. Karnival konvo dan konvokesyen KIPSAS kali ke 9 juga terpaksa dibatalkan,sungguh tidak disangka-sangka....inilah peristiwa yang menyedihkan bagi kolej kami yang telah berhempas pulas selama lebih sebulan untuk menjayakan karnival konvo dan konvo kali ke 9 ini.
Pihak KIPSAS telah mengarahkan semua pelajarnya bercuti selama seminggu bermula dari tarikh ini.sehingga kini,seramai 145 orang pelajar telah disahkan menghidapi simptom H1N1...Marilah kita sama-sama mendoakan semoga kita bertaubat dan kita semua berada didalam kasih syanag dan redha Tuhan...wallahu a'lam.

Read more...

Followers

aL-HadiTh

  ©Template by Dicas Blogger.