Wednesday, November 25, 2009

AKADEMI FASILITATOR GROUP: PROGRAM CUTI SEKOLAH

Salam alaik..Alhamdulillah kite diberi kesempatan kali ini untuk hidup di muka bumi Tuhan...(^_^)

Pada cuti sekolah sekolah kali ini pihak Akademi Fasilitator Group (AFG) boleh menerima tempahan membuat program cuti sekolah. Antara program-program yang di cadangkan ialah:

  • Program Takhsin Solat (untuk remaja dan kanak-kanak)
  • program Pra baligh ( untuk remaja)
  • Program pemantapan diri (untuk remaja)
  • dan lain-lain lagi

Kami menyediakan modul-modul yang bersesuaian dan menarik dengan menggunakan teknik Latihan Dalam Kumpulan (LDK) kerana ia amat berkesan. Kami juga menyediakan para fasilitator dan para penceramah yang berpengalaman.

Program-program yang biasa kami laksanakan ialah program kem kecemerlangan diri,kem menara gading khas untuk lepasan SPM dan lain-lain. semoga dengan kehadiran kami ketengah masyarakat dapat dimanfaatkan.

Untuk keterangan lebih lanjut anda boleh menghubungi pihak kami

  • Muhammad Syafie-0199284882
  • Hamimi syafira-0145456527

Read more...

Monday, November 2, 2009

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2009

salam kepada semua pelajar KOLEJ ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH,Pihak Mantan MPPKIPSAS sesi 08/09 mengucapkan selamat menduduki Imtihan Akhir..jawab dengan tenang,sentiasa bertawakkal kepada Tuhan,bangun kan solat dan berbuat baiklah kepada semua sahabat2 anda agar anda semua dibantu di dalam menjawab peperiksaan kali ini...

wabihi wallahu a'lam

Read more...

MUKTAMAR SANAWI KALI KE 14: HAPUSKAN KARENAH BIROKRASI

salam alaik kepada semua....tepat jam 11.30pm waktu negara malaysia bertarikh 18 oktober 2009 bersamaan dengan 28 syawal 1430H,semua ahli Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Islam Pahang sesi 2008/2009 telah meletak kan jawatannya bagi memberi laluan kepada tampuk pemerintahan ahli MPPKIPSAS yang baru bagi penggal 09/10.

Majlis tersebut berlaku dengan disaksikan oleh para perwakilan dari setiap jabatan,persatuan,kelab dan wakil2 blok. Muktamar sanawi yang dihadiri lebih 60 perwakilan dan pemerhati itu bermula dari jam 9.00pm sehingga 12.ooam.

Turut mengisi program muktamar juga ialah ucapan Presiden MPPKIPSAS 08/09 iaitu Muhammad Yusof al-Dijwi,pembentangan laporan tahunan MPPKIPSAS yang lalu oleh Yang Hormat Setiausaha Agong MPPKIPSAS 08/09 iaitu Noor Laila Bt Abd Aziz dari Jabatan Bahasa Arab,sesi perbahasan oleh perwakilan dan yang terakhir ialah pembentangan kewangan MPPKIPSAS sesi 08/09 oleh Yang Hormat Siti Aisyah Al-Basri dari jabatan Syariah dan Undang-Undang.

Muktamar Sanawi kali ini menggariskan beberapa isu penting yang dihadapi oleh majoriti pelajar iaitu masalah karenah birokrasi pihak H.E.P.KIPSAS,dan pihak atasan. Fasiliti di kipsas juga menjadi isu yang diperkatakan di dalam muktamar kali ini.

Muktamar kali ini yang dikendali kan oleh Yang Bahagia Tuan Speaker Mohd Tarmizi (pak long) dari jabatan Syariah diadakan di Dewan Kuliah 1 telah membuka mata semua perwakilan bahawa tidak ada gunanya berlembut dengan pihak atasan yang tidak mampu melaksanakan tugas mereka dengan baik. Hal ini dibuktikan oleh Presiden MPPKIPSAS 08/09 sendiri seperti berikut,"dalam kami melaksana kan tugas,amat sedikit kami diberi support oleh pihak pentadbiran,terutama dari segi kewangan dan kemudahan..."...

Muktamar yang diakhiri dengan perletakan jawatan oleh Ahli JawatanKuasa MPPKIPSAS 08/09 itu telah menjadi titik tolak perjuangan seterusnya oleh Ahli Majlis Perwakilan MPPKIPSAS 09/10 yang diketuai oleh Yang Hormat saudara Jabir bin Jabarudin dari Jabatan Dakwah dan Pengurusan selaku Presiden bagi sesi kali ini.

Apa yang diharapkan oleh Mantan MPPKIPSAS 08/09 kepada MPPKIPSAS yang baru ialah dapat melaksanakan tanggungjawab dengan bersungguh-sungguh dan dapat menajdikan KIPSAS sebagai satu gedung ilmu dan mempunyai satu suasana yang lain dari yang lain iaitu suasana kemanisan iman yang dapat meruntunkan hati semua pelajar dan masyarakat umumnya.

Read more...

Followers

aL-HadiTh

  ©Template by Dicas Blogger.