Thursday, March 11, 2010

Inter Learning Consultant...berpindah

salam alaik..utk semua blogger yang singgah...Inter Learning Consultant (ILC) kini sudah mempunyai blog sendiri di alamat http://interlearningconsultant.blogspot.com

sebarang cadangan,komen atau apa-apa tempahan program bolehlah di buat menerusi email learning_inter@yahoo.com..wabihi wallahu a'lam

Read more...

Wednesday, February 24, 2010

Inter Learning Consultant..dalam pembikinan

salam alaik untuk suumer blogger,pelawat,kengkawan,dan lelain makhluk yang membaca post ini..semoga semua berada dalam kasih sayang Tuhan hendaknya...

Alhamdulillah..AFG kini dengan nama barunya Inter Learning Consultant (ILC) melangkah setapak lagi dalam proses pembikinan syarikat konsultan yang mantap dan mesra pelanggan. Kini ILC dalam proses mengumpul dan membuat modul sesuai dengan kehendak satu-satu prgram dan mengikut perkembangan semasa..

Selain itu juga ILC di dalam proses perbincangan kerjasama dengan sebuah sekolah agama rakyat untuk mengendalikan program-program kecemerlangan pelajar dan tarbiyah pelajar sekolah tersebut.


Untuk pengetahuan semua..ILC mempunyai 10 orang Fasilitator & motivator utama yang menjadi penggerak dalam menjayakan program-program yang dirancang.

Apa yang diharapkan ialah ILC dapat menjadi salah satu contoh organisasi yang paling sistematik,mesra pelanggan dan mampu memberi khidmat yang baik kepada pelanggan.

Ampun maaf..wabihi wallahu'alam

Read more...

Thursday, February 4, 2010

AFG : Laman baru

*bisMillahh*..salam alaik kepada semuaaa yang membaca blog ini..semoga dalam kasih sayang Tuhan..di harapkan semua berada dalam kesihatan..terima kasih Tuhan yang memberikan kita makanan,oksigen percuma..dan lain-lain..

alhamdulillAh, kini site AFG telah dibina..untuk sesiapa mantan2 ahli AFG yang ingin mengetahui apakah aktiviti terkini AFG,bolehlah klik kat sites.google.com/site/afgroupsite.kat cn ade bermacam-macam paparan aktiviti kami yang terkini,carta organisasi,dan juga gambar2 setiap program...untuk yang ingin mengikuti perkembangan AFG,bolehlah mengikuti blog ini. stiap update daripada site AFG akan diberitahu melalui blog ini..

wabihi wallahu 'alam....sekian dimaklumkan.

*untuk mudah,sila klik terus di tajuk post utk terus ke site AFG..sekian*

Read more...

Monday, February 1, 2010

MAKLUMAN KEPADA AFG MEMBERS..*betul ke tak b.i ni..?*


salam alaik..ehem..alhamdulillah...semoga semua dalam kesihatan....dah macam2 yang berlaku kat kolej...he3..ade yang elok,ade jgak yang tak elok,he3...*beselah kolej...*xpelah tu..ehem..kat sini ade satu bende yang nak dmaklumkan..khusus kepada warga Akademi Fasilitator Group(AFG)...he3..*gempak tak*pada hari ini (2/2) AFG telah didaftarkan sebagai konsultan yang berdaftar*hu3..mmglah berdaftar..* hasil dari perbincangan mantan2 AFG sem lpas...maka telah terbukti dengan kesungguhan dan dalam berkongsi minat yang sama ia mampu melahirkan satu perkara yang diluar jangkaan oleh semua lapisan masyarakat...semoga dengan terdaftarnya AFG sebagai satu syarikat konsultan,dapat membaiki diri dan sekaligus membaiki masyarakat sekelilingnya....sekian dimaklumkan....(^_^)

Read more...

Wednesday, November 25, 2009

AKADEMI FASILITATOR GROUP: PROGRAM CUTI SEKOLAH

Salam alaik..Alhamdulillah kite diberi kesempatan kali ini untuk hidup di muka bumi Tuhan...(^_^)

Pada cuti sekolah sekolah kali ini pihak Akademi Fasilitator Group (AFG) boleh menerima tempahan membuat program cuti sekolah. Antara program-program yang di cadangkan ialah:

  • Program Takhsin Solat (untuk remaja dan kanak-kanak)
  • program Pra baligh ( untuk remaja)
  • Program pemantapan diri (untuk remaja)
  • dan lain-lain lagi

Kami menyediakan modul-modul yang bersesuaian dan menarik dengan menggunakan teknik Latihan Dalam Kumpulan (LDK) kerana ia amat berkesan. Kami juga menyediakan para fasilitator dan para penceramah yang berpengalaman.

Program-program yang biasa kami laksanakan ialah program kem kecemerlangan diri,kem menara gading khas untuk lepasan SPM dan lain-lain. semoga dengan kehadiran kami ketengah masyarakat dapat dimanfaatkan.

Untuk keterangan lebih lanjut anda boleh menghubungi pihak kami

  • Muhammad Syafie-0199284882
  • Hamimi syafira-0145456527

Read more...

Monday, November 2, 2009

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2009

salam kepada semua pelajar KOLEJ ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH,Pihak Mantan MPPKIPSAS sesi 08/09 mengucapkan selamat menduduki Imtihan Akhir..jawab dengan tenang,sentiasa bertawakkal kepada Tuhan,bangun kan solat dan berbuat baiklah kepada semua sahabat2 anda agar anda semua dibantu di dalam menjawab peperiksaan kali ini...

wabihi wallahu a'lam

Read more...

MUKTAMAR SANAWI KALI KE 14: HAPUSKAN KARENAH BIROKRASI

salam alaik kepada semua....tepat jam 11.30pm waktu negara malaysia bertarikh 18 oktober 2009 bersamaan dengan 28 syawal 1430H,semua ahli Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Islam Pahang sesi 2008/2009 telah meletak kan jawatannya bagi memberi laluan kepada tampuk pemerintahan ahli MPPKIPSAS yang baru bagi penggal 09/10.

Majlis tersebut berlaku dengan disaksikan oleh para perwakilan dari setiap jabatan,persatuan,kelab dan wakil2 blok. Muktamar sanawi yang dihadiri lebih 60 perwakilan dan pemerhati itu bermula dari jam 9.00pm sehingga 12.ooam.

Turut mengisi program muktamar juga ialah ucapan Presiden MPPKIPSAS 08/09 iaitu Muhammad Yusof al-Dijwi,pembentangan laporan tahunan MPPKIPSAS yang lalu oleh Yang Hormat Setiausaha Agong MPPKIPSAS 08/09 iaitu Noor Laila Bt Abd Aziz dari Jabatan Bahasa Arab,sesi perbahasan oleh perwakilan dan yang terakhir ialah pembentangan kewangan MPPKIPSAS sesi 08/09 oleh Yang Hormat Siti Aisyah Al-Basri dari jabatan Syariah dan Undang-Undang.

Muktamar Sanawi kali ini menggariskan beberapa isu penting yang dihadapi oleh majoriti pelajar iaitu masalah karenah birokrasi pihak H.E.P.KIPSAS,dan pihak atasan. Fasiliti di kipsas juga menjadi isu yang diperkatakan di dalam muktamar kali ini.

Muktamar kali ini yang dikendali kan oleh Yang Bahagia Tuan Speaker Mohd Tarmizi (pak long) dari jabatan Syariah diadakan di Dewan Kuliah 1 telah membuka mata semua perwakilan bahawa tidak ada gunanya berlembut dengan pihak atasan yang tidak mampu melaksanakan tugas mereka dengan baik. Hal ini dibuktikan oleh Presiden MPPKIPSAS 08/09 sendiri seperti berikut,"dalam kami melaksana kan tugas,amat sedikit kami diberi support oleh pihak pentadbiran,terutama dari segi kewangan dan kemudahan..."...

Muktamar yang diakhiri dengan perletakan jawatan oleh Ahli JawatanKuasa MPPKIPSAS 08/09 itu telah menjadi titik tolak perjuangan seterusnya oleh Ahli Majlis Perwakilan MPPKIPSAS 09/10 yang diketuai oleh Yang Hormat saudara Jabir bin Jabarudin dari Jabatan Dakwah dan Pengurusan selaku Presiden bagi sesi kali ini.

Apa yang diharapkan oleh Mantan MPPKIPSAS 08/09 kepada MPPKIPSAS yang baru ialah dapat melaksanakan tanggungjawab dengan bersungguh-sungguh dan dapat menajdikan KIPSAS sebagai satu gedung ilmu dan mempunyai satu suasana yang lain dari yang lain iaitu suasana kemanisan iman yang dapat meruntunkan hati semua pelajar dan masyarakat umumnya.

Read more...

Followers

aL-HadiTh

  ©Template by Dicas Blogger.